29 August 2009

Seminggu Ramadhan

Kalau tak silap aku, sudah seminggu kita berpuasa.alhamdullilah.setakat ni berjalan lancar sahaja puasa aku.cuma dosa-dosa kecil biasalah kalau terlepas pandang (cakap la korang penuh pahala.haha).nak-nak waktu pagi ketika aku hantar kakak aku pergi kerja.mencarut mesti.tidak boleh kalau tidak mencarut.itu yang sebelah pagi.sebelah petang pula ketika ambil rin.lagilah banyak aku mencarut.terasa pahala puasa aku tak ada kalau nak di bandingkan dengan dosa aku.haha.gila betul.boleh korang tolong bimbing aku??

Manusia memang tidak boleh lari dari buat dosa.(kan..kan..kan)

(Gambar dirembat dari google)

Bazar Ramadhan.aku sudah tidak berminat lagi nak pergi ke bazar ramadhan.sebab aku tahu, ramai gila orang mesti.lagi 1, juadah-juadah yang dijual mesti biasa-biasa sahaja.tak berapa tendang.serupa aku simpan duit tu pergi beli rokok.lagi syok.haha.kalau nak jumpa yang sedap pun mesti beratur sampai berbuka.nak camtu.aku bukan jenis yang sanggup tunggu lama-lama.apa salahnya ringankan kaki jalan ke depan sikit.pasti jumpa yang sama.tapi rasa lain.kira ok la tu.haha.(pernah terjadi).

Lagi satu, pasti rambang mata bila sudah jejakkan kaki kat bazar ramadhan.itu mahu ini mahu.akhirnya, karipap sardin juga yang di sambar.haha.macam bangang.ikut nafsu lesu, ikut hati mati.elok shopping raya dari shopping juadah berbuka.lagi berbaloi.haha

Sekian sahajalah nukilan ramadhan aku kali ni.nanti kalau ada cerita menarik aku tulis.nak sambung main Farmville.sudah makin membesar.woot..woot..woot.haha

Ciau

4 comments:

  1. aku pon da malas ekceli g bazaar. letih dan ramai org. takot h1n1 lg. bek masak sindiri kt umah lg selera taw

    ReplyDelete
  2. yep2 manusia mmg tak lari dari buat kesilapan

    gila ketagih main farmville
    ahaha

    ReplyDelete
  3. akiss: kau reti memasak eh akiss :P

    amy: tau takpe.kalah penagih.wahaha

    ReplyDelete
  4. maaf kiranye aku x dpt membimbing kau ramadhan yg lalu :P

    ReplyDelete