Penangan Lagenda Rock

14 September 2009 by apes , under

Sekarang aku akan lebih kerap menaip dari menekan tetikus.ini kerana aku sudah mula merasa suatu perasaan yang teramatlah meluat untuk meneruskan(aku cerita pasal game kat fesbuk daa.game rock legend tu).putus asa aku.nak slow kan sedikit cara bermain.

Bukan dapat piala atau duit pun.haha(kaverline)

Lagi seminggu nak raya dah.aku tak rasa pun kegembiraan menyambut raya.biasa saja.makin lama aku rasa makin tak teruja.cuma yang best lauk hari raya.haha.

Kueh rayo den tak bapo nak minat..kerepek den minatlah.haha

Oklah semua.hari raya pun lagi seminggu je ni.sekejap je nak raya.bes ke?haha.dengan itu aku hadiahkan korang video raya.gerek punya.selamat menonton.

Wahahaha.sekian

Bestnya Mereka!!

10 September 2009 by apes , under

Video clip terbaru dari 2 kumpulan yang ngetop.haha.1 dari Girls Generation.kumpulan korea yang comel-comel kesemuanya.hehe.dan lagi 1 Paramore.dengan single terbaru diorang.ok jugalah.tapi tidak setendang Misery Business dulu.



Walaupun dulunya aku meminati Paramore, tapi aku lebih sukakan Girls Generation sekarang.woot..woot.haha.tapi Haylie masih menarik lagi.

Sekian :P

Berbuka Dalam Kegelapan Di Malam Merdeka

30 August 2009 by apes , under

Selama aku hidup 23 tahun ni.ni adalah pengalaman pertama aku berbuka masa black out.gila tak boleh blah.1 family berbuka tanpa lampu.apalah orang letrik buat time-time nak buka puasa ni.takkan dengki dengan jiran sebelah dia black out kan semua.

Tapi tak ada letrik pun bukan ngam-ngam time nak buka puasa.pukul 5 lebih tu dah tak ada.gila betul.aku tersenyum saja seorang diri.haha

Letrik kembali seperti biasa dalam pukul 8 rasanya.masa tu semua kipas aku halakan kat aku.gila babi punya panas.ketiak pun dah naik bau.nasib baik aku sorang sahaja dalam bilik.haha.bau-bau pun tak boleh saing bangla.diorang tetap champion.haha

Sekian

Seminggu Ramadhan

29 August 2009 by apes , under

Kalau tak silap aku, sudah seminggu kita berpuasa.alhamdullilah.setakat ni berjalan lancar sahaja puasa aku.cuma dosa-dosa kecil biasalah kalau terlepas pandang (cakap la korang penuh pahala.haha).nak-nak waktu pagi ketika aku hantar kakak aku pergi kerja.mencarut mesti.tidak boleh kalau tidak mencarut.itu yang sebelah pagi.sebelah petang pula ketika ambil rin.lagilah banyak aku mencarut.terasa pahala puasa aku tak ada kalau nak di bandingkan dengan dosa aku.haha.gila betul.boleh korang tolong bimbing aku??

Manusia memang tidak boleh lari dari buat dosa.(kan..kan..kan)

(Gambar dirembat dari google)

Bazar Ramadhan.aku sudah tidak berminat lagi nak pergi ke bazar ramadhan.sebab aku tahu, ramai gila orang mesti.lagi 1, juadah-juadah yang dijual mesti biasa-biasa sahaja.tak berapa tendang.serupa aku simpan duit tu pergi beli rokok.lagi syok.haha.kalau nak jumpa yang sedap pun mesti beratur sampai berbuka.nak camtu.aku bukan jenis yang sanggup tunggu lama-lama.apa salahnya ringankan kaki jalan ke depan sikit.pasti jumpa yang sama.tapi rasa lain.kira ok la tu.haha.(pernah terjadi).

Lagi satu, pasti rambang mata bila sudah jejakkan kaki kat bazar ramadhan.itu mahu ini mahu.akhirnya, karipap sardin juga yang di sambar.haha.macam bangang.ikut nafsu lesu, ikut hati mati.elok shopping raya dari shopping juadah berbuka.lagi berbaloi.haha

Sekian sahajalah nukilan ramadhan aku kali ni.nanti kalau ada cerita menarik aku tulis.nak sambung main Farmville.sudah makin membesar.woot..woot..woot.haha

Ciau

Ditinggalkan

20 August 2009 by apes , under

Semenjak 2-3 minggu ni, blog aku tinggalkan.sudah jarang update.ini semua facebook punya penangan.game kat facebook buat aku abaikan blog.haha.

Aku sudah ketagih.bahaya

Tapi aku cuba gak tulis kat blog ni.dan inilah hasilnya.merepek sudah.haha.oh ya.bulan Ramadhan akan menjelma lagi 2 hari dari sekarang.InsyaAllah.dan aku harapkan baik-baik sahaja di bulan mulia ini.korang pun ya!berbuka jangan lupa Apes Boyd.haha.sekian

Dalam IC Alamat Sahaja Kuala Lumpur.Tapi..

13 August 2009 by apes , under

Haha.aku terasa macam pelancong pula hari ni.sebabnya, aku blur nak pergi ke Sunway Lagoon.aku rasa pelancong pun lagi handal dari aku.dungunya.aku bukannya tak tahu langsung.aku tahu Sunway Lagoon bersebelahan Sunway Pyramid, aku cuma tak ingat permulaan nak ke sana (coverline.haha).sebelum ke sana, aku sudah tanya pada pakar-pakar jalan terlebih dahulu.tapi masih terlepas simpang juga.adeih!!

Sebenarnya syarikat rin ada buat event kat depan pintu masuk Sunway Lagoon.aku pun hantar dia pagi tadi.nasib bertolak awal.kenderaan yang berada di jalan pun tidak banyak.so, agak senang untuk aku mencari jalan.haha.memang sampai ke destinasi, tapi banyak juga terlepas.apa punya orang KL ni.

Masa on the way balik lepas hantar rin aku ikut jalan nak ke Kerinchi-Bangsar.kena 2 tol dan jem nak mampus.masa on the way balik ambil dia pula ikut Bukit Jalil-Cheras.kena 1 tol dan tidak jem.lagi cepat dari ikut bangsar.sungguh bengang.tapi jalan balik yang berada dalam fikiran aku ialah jalan balik ke Kepong-Gombak.tapi sebaliknya.

Moral dalam entri aku ni, tak semestinya orang KL tahu semua jalan KL.aku di antaranya (tapi dalam KL bak datang.cewah).haha.sekian


p/s: aku terkejut tengok berita tadi tentang vokalis kumpulan nasyid rabbani meninggal.takziah.

p/ss: geram pula aku tengok banner Worldstage depan entrance Sunway Lagoon tadi.adeh!!