Dengan berbekalkan dua tenaga manusia iaitu aku dan bapak aku, bermulalah sesi pengubahsuaian siling di bilik kakak aku.kalau yang dahulu silingnya tidak merupai siling-siling rumah korang yang cantik tersergam indah seperti didalam drama matahari (lari topik sebentar).
Idea pengubahsuaian ni adalah idea bapak aku sendiri.aku hanyalah penolong dan penyumbang idea sikit.tukang-tukang, ketuk-ketuk, tampal-tampal, panjat jatuh-jatuh semua aku.sebab bapak aku tak berapa larat.tapi aku suka.sekurang-kurangnya aku ada pengetahuan dalam tukang-tukang ni.bukan nak jadi buruh tahu (perlu highlightkan di situ).
Dan dalam seminggu kerja pengubahsuaian ni, telah pun siap kesemuanya siling-siling tersebut.termasuk kerja-kerja mencantikkan sudut-sudut siling (alaa, macam dining hall orang kaya tu).sekarang ni hanya perlu di cat semula.kemungkinan esok baru cat.hari ni rehat-rehat saja.
Mungkin selepas ini sesi mengecat pula akan bermula.dari dinding hinggalah ke pintu dan sebagainya.tengok sajalah hasil kerja tangan aku yang tidak seperti abang-abang di negara seberang yang hebat.sekian
p/ss: Michael Jakson mati weih.terkejut gak aku dengar semua radio pagi tadi yang pasang lagu dia.hampir kesemua stesen.
oh.
ReplyDeletepenat bertukang rupanya.
patut ah masa tu tergetah membe.
oppss.
:P
ewah pandai awak bertukang yer...so bapak awak jadi foreman la yer..huhuuu~
ReplyDeletep/s:sejuk perot ibu mengandung... :p