26 June 2009

Bakat menukang yang lama terpendam

Dalam seminggu ni aku sibuk menukang.sebab tu blog dah macam bilik aku yang sangat kemas (lawan kata).di sebabkan kakak aku yang nak kahwin bulan oktober, aku yang tidak kerja ni melakukan sedikit perubahan di bilik kakak aku.bilik pengantinlah senang cerita.

Dengan berbekalkan dua tenaga manusia iaitu aku dan bapak aku, bermulalah sesi pengubahsuaian siling di bilik kakak aku.kalau yang dahulu silingnya tidak merupai siling-siling rumah korang yang cantik tersergam indah seperti didalam drama matahari (lari topik sebentar).

Idea pengubahsuaian ni adalah idea bapak aku sendiri.aku hanyalah penolong dan penyumbang idea sikit.tukang-tukang, ketuk-ketuk, tampal-tampal, panjat jatuh-jatuh semua aku.sebab bapak aku tak berapa larat.tapi aku suka.sekurang-kurangnya aku ada pengetahuan dalam tukang-tukang ni.bukan nak jadi buruh tahu (perlu highlightkan di situ).

Dan dalam seminggu kerja pengubahsuaian ni, telah pun siap kesemuanya siling-siling tersebut.termasuk kerja-kerja mencantikkan sudut-sudut siling (alaa, macam dining hall orang kaya tu).sekarang ni hanya perlu di cat semula.kemungkinan esok baru cat.hari ni rehat-rehat saja.

Mungkin selepas ini sesi mengecat pula akan bermula.dari dinding hinggalah ke pintu dan sebagainya.tengok sajalah hasil kerja tangan aku yang tidak seperti abang-abang di negara seberang yang hebat.sekian

p/s: Spain kalah di USA.haha.sungguh tak sangka.sabar ya Encik Elmo.haha

p/ss: Michael Jakson mati weih.terkejut gak aku dengar semua radio pagi tadi yang pasang lagu dia.hampir kesemua stesen.

2 comments:

  1. oh.
    penat bertukang rupanya.
    patut ah masa tu tergetah membe.
    oppss.
    :P

    ReplyDelete
  2. ewah pandai awak bertukang yer...so bapak awak jadi foreman la yer..huhuuu~

    p/s:sejuk perot ibu mengandung... :p

    ReplyDelete