02 August 2009

Band Kegemaran Sepanjang Masa


Hai korang.hari ni aku nak ceritakan bagaimana aku boleh kenal dengan sebuah band yang aku minat sehingga sekarang (korang confirm tahu band apa kan?haha).

Ianya bermula pada tahun 2001 kalau tak salah.masa tu aku berada dalam tingkatan 4 (baru nak masuk kot).sedang aku menonton tv seorang diri di ruang tamu, aku terlihat sebuah video clip yang memaparkan seorang mamat berambut canggih nyanyi tanpa baju.tapi masa tu tak tahu lagi nama kumpulan dan tajuk lagu.sebab terpegun.lepas habis garu kepala.tidak perasan nama kumpulan.lagipun tv kecil (alasan).so, aku pun buat-buat tak tahu saja.

Selang beberapa minggu, aku pun bersantailah di rumah jiran yang berdekatan.hanya selang 1 rumah sahaja.tidak sampai 5 minit kami berborak, video clip kumpulan hari tu yang aku tonton pun terpampang.semua didalam rumah tekun menonton termasuk aku.selesai sahaja habis menonton, kami sibuk-sibuk mencari nama kumpulan tersebut.Incubus ke Drive nama kumpulan depa ni.akhirnya kami tahu nama kumpulan itu incubus.sungguh teruja.

Jiran aku tu pun cuba meniru gaya pemakaian penyanyi utama kumpulan incubus tu (dia lebih kurang tinggi brandon boleh la).aku jelik.aku pun nak belagak dengan beliau.so, aku pun pergilah bundle mencari t-shirt seperti brandon boyd dalam video clip drive.aku jumpa.tapi serupa pada warna sahaja.haha.bolehlah.*merepek sudah..*

Mula pada hari tu aku pun cuba meneroka tentang perihal kumpulan incubus ni.dan aku pun mula menyukai kumpulan incubus.lagi bertambah teruja bila aku tahu brandon boyd dahulunya berambut dreadlock (dulu teruja dengan dreadlock.pernah cuba.tapi gagal dan mak aku tak suka).lagu mereka pada masa itu lebih kepada funk rock dan aku sukakan genre tersebut.

Bila zaman download-download ni datang (aku rasa tahun 2003 kot).semua lagu-lagu incubus yang aku tertinggal aku download.walaupun dulunya sudah ada kaset, tapi tak syok la kalau tak ada dalam komputer.haha.orang kata tak true fans nanti.video konsert diorang pun sudah melambak aku ada.yang dalam cd ntah mana ntah hilang.sudah lupa.

Aku rasa setakat ni sahaja.aku sudah tidak ada idea.tapi apa-apa pun incubus tetap My Favorite Band.walaupun aku tak pernah pergi ke konsert diorang.setiap kali diorang datang, pasti aku ada masalah kewangan.Kecewa Doh!suatu hari nanti aku akan pergi juga.sekian

p/s: Best juga The Proposal.Light Comedy.layan weih

No comments:

Post a Comment