23 July 2009

Sakit Hati Bercampur Marah

Aku sungguh sakit hati gila malam ni.aku rasa macam aku orang tak guna dalam kehidupan kau.tolong salah.tak tolong kena ugut macam-macamlah.apa ni?macam tu sekali.sungguh kolot pemikiran kau.aku tahu aku pernah buat masalah dengan kau.tapi itu dulu.6 tahun yang lepas.aku masih lagi mentah dan tidak mengerti apa itu hidup.masih ada lagi dendam kau kat aku.

aku sungguh tak faham.bersyukurlah apa yang telah aku lakukan dengan bersungguh.ini tidak, cakap-cakap belakang.itu tak kena ini tak kena.tak gentle-lah.come on!!aku bukan ajak bertumbuk.cuma cakap depan-depan sahaja.senang runding dan senang faham.ni kau buat macam ni.lagilah aku marah.tak pasal-pasal orang tengah yang kena.

macam ni lah manusia.kalau sudah terlalu fikir diri tu hebat, apa yang orang lemah (bagi dia) buat semua tak kenalah.dia rasa diri dia boleh buat lagi bagus dari apa yang orang tu buat.aku cuma mahu dihargai bantuan yang aku buat.bukan minta wang ringgit.kau tak boleh terima ke?atau kau cemburu dengan usaha yang cuba aku tunjuk.tolonglah jangan begitu.aku cuma mahu membalas jasa yang tak ternilai.itu sahaja.tapi kau masih nak menjatuhkan.aku bingung.

aku sudah tidak boleh berfikir dengan waras sekarang.sungguh marah.maaf kepada pembaca.ini semua tiada kaitan dengan kamu semua.ini tentang kisah hidup yang aku lalui.tidak larat mahu tulis lagi.ianya akan melarat gila-gila kalau aku terus menaip.seeloknya aku berbaring mendengar lagu yang berat dan keras.sekian

3 comments:

  1. sopan nye la die marah. hahahax.

    ReplyDelete
  2. kang takda orang nak baca pula kalau penuh dgn kata-kata kesat.kan2 :P

    ReplyDelete
  3. alamak. trase laks. wahahaha.

    ReplyDelete