17 June 2009

remeh sememeh

"Tah, amek surat khabar tah!".seorang pelanggan meminta surat khabar kepada pekerja kedai makan.

surat khabar di negara kita yang semakin hari semakin ketandusan cerita.nak baca pun boleh mengeluh sampai orang sebelah perasan (maksudnya kuat).

kadang-kadang cerita yang keluar terlalu la remeh bagi aku.sebab tu aku kurang baca artikal di belah depan.banyak di belah belakang & tengah.di belah belakang pun aku baca yang luar negara.dalam negara tidak berapa minat.kerana aku akan tidur dengan lena setelah membacanya.mak aku marah kalau selalu tidur (lari topik sebentar).

yang remeh bagi aku seperti artis sekian dapat lesenlah, budak sekolah kena rotan dengan pembaris kayu (yang warna kuning serta ringan), artis sekian nak pergi buang air besar, menteri sekian kipas mengipas, atlit negara menang disanjung tapi kalau kalah kena maki kaw-kaw (aku suka ni), artis sekian bergaduh sebab pakwe masing-masing berbulu ketiak lebat & banyak lagi.

aku rasa cerita-cerita begini tidak perlulah di keluarkan.aku pun jelik nak baca.tak menambahkan ilmu pengetahuan langsung.lebih mengurangkan dari menambah.kesianlah kepada orang yang tidak mempunyai internet di rumah.terpaksa membaca akhbar-akhbar yang remeh (aku dulu pun begitu.tapi dulu tak rajin membaca.lebihkan komik.membaca jugakan?).

sebenarnya cerita tentang surat khabar ni aku dah bincang dengan kawan-kawan aku.dan mereka pun setuju.bagus.aku suka.sekian.

2 comments:

  1. itu ah! artis masuk plkn la. the heck. lagi-lagi dengan metro yang selalu mengarut.

    ReplyDelete
  2. aah wei.lupe lak.mcm haram jadah je.tk perlu kot bagitau.haih

    ReplyDelete