01 December 2008

Mesin Vs Manusia

Sabtu baru-baru ni aku di suruh kerja lebih masa, disebabkan kerja yang sangat-sangatlah urgent.aku perlu siapkan 5 papan tanda bersama dengan rakan pejabat dalam tempoh 2 hari.kerja itu diberi pada hari khamis.aku pon redha sahaja permintaan dari Bos aku.kalau dia kuli juga,mungkin aku tk buat kerja tersebut.malah, aku maki terus.haha.

sebelum sabtu menjelang hari itu.aku dan rakan mengecat terlebih dahulu papan tanda itu.utk latar belakangnya.kerana cat tersebut memakan masa untuk kering.cat minyak.pada keesokannya papan tersebut sudah kering dalam jangkaan.sekarang tiba masanya untuk memotong
sticker pula.

apabila sampai pada pemotongan
sticker, aku pon membuka mesin sticker tersebut.dalam masa sama, Pc pon harus dibuka kerana tanpa Pc, mesin sticker tersebut tidak akan berjalan mengikut arahan yang sepatutnya.disinilah bermulanya Mesin Vs Manusia.

sesudah semuanya tersedia.aku pon seperti biasa membuka terus software striker untuk di cuba dahulu.aku pun taip la beberapa abjad.selepas tu aku pon klik.mesin tersebut tidak mengikut arahan.aku boleh bersabar lagi.masuk kali ke-2 pun sama berlaku.aku sudah naik darah.selalu berlaku mcm ini.bila mahu digunakan akan timbul masalah yang tidak di ingini.aku pun mula meradang tidak tentu pasal.terus hubungi cina yang tahu tentang mesin tersebut.

dipendekkan cerita, asal mahu buat kerja menggunakan mesin sticker tu, ada sahaja masalah menimpa.boleh membuatkan seseorang tu menjadi lost temper.haha.aku hampir menjadi panas baran kerana mesin sticker tu.kalau diikutkan hati ni, hendak sahaja aku bakar mesin itu.nasib baik rakan ofis aku yang menenangkan.

ending untuk cerita ini.aku memang fuck up gila mesin tu.dan sudah malas hendak buat projek papan tanda ini.buat design lagi bagus dari buat sticker ni.arghhh!!!!!



dalam entri ini aku sengaja menggunakan ayat skema atau penggunaan bahasa yang tersusun kerana kalau aku taip macm biasa tidak jadi apa.penuh dengan kata-kata kesat sahaja.aku ni kuat mencarut bila dalam keadaan marah kalau korang tidak tahu.

No comments:

Post a Comment